Sunday, December 6, 2009

Berakhirnya JLPT Level 3

Salam.


Tanggal 6 haribulan 12, kitorang budak2 IBT (dan juga pelajar2 AAJ dari UM, budak2 JAD, dan pelajar2 persendirian yg lain) pergi ke UPM untuk mengambil test:





JLPT
(Japanese Language Proficiency Test)


日本語能力試験
(Nihongo Nouryoku Shiken)



JLPT ni ada 4 level, Level 4 paling senang, Level 1 paling susah. Kitorang semua ambil Level 3, sebab guru2 kat IBT ni memang rasa kitorang layak ambil Level 3, berdasarkan apa yang kitorang dah belajar lah. Beberapa hari yg lepas memang dah cuba ambil soalan tahun 2008 punya paper, boleh lah jawab, tapi...

Bila ambil yang 2008 punya, lain pulak ceritanya.




Tiba di Kompleks Mahasiswa, UPM. Ramai betul orang kat sini.



Antara pelajar IBT yang baru habis jawab kertas terakhir. Aimi berdiri kat belakang tu.



Paper pertama, Vocabulary and Kanji, boleh tahan, tapi ada jugak perkataan2 yang tak belajar lagi, so disebabkan JLPT ni objektif, hmmmph, tembak jelah.

Paper kedua, Listening Test. Alhamdulillah, tak berlaku seperti yg terjadi masa budak2 UM amik MUET (nak tau apa jadi, tanya lah Fahim atau Mila). Ni pun boleh tahan, tapi soalan last tu macam tak sebeberapa nak faham. Sekali lagi, bantai.

Paper terakhir, Grammar. Hah, ni yang tension giler, banyak lagi struktur2 ayat yang belum belajar. Paper ni lah yang paling banyak kena tembak. Kena atau tidak, wallahualam.

Bila dah tamat, lega. Habis lebih kurang tengah hari tadi. Orang Jepun nih suka betul buat ujian dalam tempoh masa satu hari sahaja (tahun depan amik EJU, akan disumbat semua Phy, Chem, Math dan Japanese dalam satu hari).

Result nanti dapat bulan Mac 2010, keputusan dia samada lulus atau gagal, takde grading. And siap akan poskan sijil ke rumah pelajar pulak tu (tadi awal2 pagi dah kena tulis nama dan alamat dekat envelope besar).



Apa2 pun, kena tunggu sahala lah result nanti. Dah buat yang terbaik, kita terima sahajalah keputusan-Nya.


P/S: Boleh tahan cantik jugak masjid kat UPM ni, cuma tak berpeluang masuk ke dalam je. Macam mana architecture kat dalam tu ya Amar?

Friday, November 27, 2009

Anda Tahu Noktah Kehidupan Anda?





Salam.

Dah lama tak update blog nih, so buat masa ni ana nak letak lah sedikit, umm, renungan? (panggillah apa2 sahaja, renungan ker, ingatan ker, mesej ker...)

Sedikit teks yang ana copy dari entah mana:

Taubat penuh keinsafan dan penyesalan gambaran sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan baik berupa dosa kecil mahu pun dosa besar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maksud dosa besar ialah perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT di mana telah ditentukan hukumannya di dunia dan dikenakan ancaman azab neraka di akhirat seperti mencuri, berzina dan lain-lain, yang memang termaktub dalam al-Quran atau pun hadis Rasulullah SAW.

Apabila menyedari sudah melakukan dosa, haruslah segera membersihkan diri. Rasulullah SAW sendiri walaupun dipelihara Allah SWT daripada melakukan dosa tetap bertaubat dalam sehari semalam melebihi 70 kali.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari lebih 70 kali." (Hadis riwayat Bukhari)

Namun, sebilangan besar masyarakat Islam hari ini begitu leka melakukan maksiat dan sedikit pun tidak rasa bersalah bahkan menjadi kebanggaan pula apabila melakukannya. Benarlah seperti diungkapkan Asy-Syekh Husen Yusuf Ghazzal: "Dapat kita saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sewenang-wenangnya mereka berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mempedulikan syariat agama dan norma etika."

Mesej dari ana sendiri:

Bila kita masih ada nikmat kehidupan yang tenang lagi senang ni,ingat-ingatlah. Kepada sesiapa yang pernah ana lakukan kesilapan, ana harap dimaafkan. Tak semestinya masa Hari Raya Aidilfitri sahaja kita perlu mohon maaf kan? By the way, ana nak ucapkan kepada semua, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Kalau ada sesiapa nak poskan ada sedikit daging, amat dialu-alukan, hahaha...

P/S: Gambar diatas bukan 100% dibuat oleh ana, cuma edit sikit2 jer.

Sunday, October 18, 2009

Selamat Merempuh Peperiksaan Akhir Semester





Salam.

Khas bagi X-GEN yang akan menduduki peperiksaan akhir semester dari 19 Oktober hingga 16 November 2009, disini ada sedikit persembahan multimedia untuk tatapan semangat, tidak kira di mana jua, kami semua sedang merempuh ujian yang sama, diatas landasan perjuangan yang sama, dan menuju matlamat yang sama. Semoga perjuangan ini dapat kami rempuh dengan jayanya, dan cemerlang dunia akhirat, insya-Allah.

Screenshot:












Link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=LKQUXs8U5BY

Link Dakwah Circle: http://dakwahcircle.blogspot.com/

P/S: Minta maaf banyak-banyak jikalau ada yg tak tersenarai, ini sahaja yang ana sempat letak berdasarkan maklum balas SMS / data dari laman web SMIH...

Sunday, October 11, 2009

Gathering Ikhwah X-GEN

Rancangan yg dah lama dirancang akhirnya terlaksana rancangan nya...

Mula dari 8.50, budak2 USIM naik KTM, diikuti juga dgn budak2 yg berhampiran dgn area Nilai (UPM, UNISEL). Bagi yg dah dekat dgn area KL ni (IBT, UM, Taylors) naiklah bas atau teksi, kumpul di Midvalley Megamall pada pukul 10.30 pagi.

Tanggal 11 Oktober 2009, gathering ikhwah X-GEN di Midvalley bermula...




Berkumpul kat tingkat teratas.... bukan untuk tengok wayang ya...



Muaz sedang menikmati makanannya sambil memfokuskan matanya kepada.... apa ya?



Siapakah tetamu misteri yang membuatkan muka Fahim dan Muaz sebegini? Berikan hujah anda kurang daripada 400 patah perkataan.



Amir: Apsal rasa cam pelik je makanan ni? Tak cukup garam ker?



Makanan: Aduh, ada ke budak USIM ni kata diriku ni perlu dimasukkan garam?




Sesiapa yang berani menggangu Amar yang sedang makan akan merasai serangan sudu hitamnya...



Hah, memang ramai yang datang pada hari ni... muka-muka yang jarang dilihat pun ada...



Mahadhir pun datang seh! Skang beliau sedang menyambung pelajaran di UNISEL (terbuktilah ahli-ahli X-GEN semuanya hebat2 belaka)




Walaupun dah lama rancangan ni di rancang, tapi baru hari ni dapat dibuat. Memang agak sukar untuk mengumpulkan ahli2 X-GEN yg dah bersepah dimerata bumi Malaysia ni.

Buat masa ni, rancangan menyerang USIM ditangguhkan pada bulan Disember, sebab perlu tunggu semua habis finals dan balik ke IPT masing2 selepas cuti. Itupun selepas membincang dan mengambil kira 4 rancangan. Akhirnya rancangan yg ke-4 dipilih (utk buat bila semua dah balik cuti finals)...

Semoga apa yg dirancang diizinkan-Nya.

Donna keikaku de mo, Kami-sama no yurushi ga nai nara, zenzen dekinai.
Makna: Tidak kira apa rancangan sekalipun, kalau tiada izin-Nya, tidak akan dapat dilaksanakan.

Saturday, October 10, 2009

Karangan Terakhir Tahap Shokyuu

Walaupun selama ni kurang minat nak tulis karangan jenis fakta (time sekolah menengah tu mana minat jenis ni, biasanya narrative essay lah yg akan ana pilih) tapi bila dapat tau yg ni karangan terakhir untuk tahap Shokyuu (Sho = awal, Kyuu = level, Shokyuu = Beginner Level), tiba2 rasa macam nak buat yg terbaik pulak.

Heh, rancang jer, tapi realitinya...

1) Buntu nak huraikan isi
2) Sempat lagi layan YM sampai 3 pagi
3) Tak sempat semak perenggan kedua dan seterusnya




Karangan yang ditulis pada pukul 3 pagi, masih boleh tahan lagi tahap kecantikkan tulisan tangan kan? Hahaha...


Overall, ni lah tajuk yg paling best yg pernah sensei bagi. Tajuknya, moshi watashi wa ... dattara (sekiranya saya seorang ...), boleh tahan la tajuk ni banding yg sebelum ni, ada sekali tu kena terangkan pasal Hari Raya, padahal kena hantar beberapa hari sebelum cuti raya, tu yg bila nak tulis jer, teringat raya... hampeh...

Debaran menghadapi Chuukyuu (Intermediate Level) dah semakin dirasai. Bila dah masuk Chukyuu, mula lah belajar Physics, Chemistry dan Mathematics sepenuhnya dalam bahasa Jepun (wooo.... camana lah agaknya nak survive bila dah hampir setahun tak bukak buku2 subjuk sains nih)...

Mmmm, makin lama, makin sibuk rasanya... dah lama sangat ana tak sambung menulis kat Dakwah Circle...

Sunday, October 4, 2009

Serangan Kedua Keatas Universiti Malaya

Dah beberapa bulan tak gi UM ni, so memandakan ana ada free time (ye ye aja ada free time) ana gi UM pada hari Sabtu. Tanpa dirancang, lawatan yang asalnya patut memakan masa beberapa jam sahaja akhirnya menjadi lebih dari 24 jam ana kat UM.

Waktu tiba di Kolej 12, UM : Sabtu, 3 Oktober, 3.50 p.m.
Waktu balik ke HELP Residence : Ahad, 4 Oktober, 4.30 p.m.

Apa nak buat, tidur jelah kat UM tu, bukannya beza sangat bilik dia dgn bilik kt HELP Residence ni, internet pun sama lembap, heheh...



Inilah dia pandangan dari luar Kolej 12, bangunan utk budak2 PASUM (apa tu PASUM? ana pun tak tau, haha...)



Mmmm, cantik... cantik... camni lah suasana nak belajar, memamg kalah HELP Residence, suasana construction jer...



Blok A, B, C dan D hampir sama jer, atas bawah kiri kanan, boleh sesat nak gi kafe kt bawah tu (nasib baik tak gi dorm perempuan)



Pandangan Blok A dari atas... sekali lagi, cantik... cantik... jauh lagi cantik dari HELP Residence.


Budak PASUM Alam Bina tengah buat animation (pergh, tabik ah, Fahim wat animation!)



Bukan senang nak wat animation, kena guna kertas, gerakkan sikit2... kenapalah tak guna tablet grafik ya?


Bantuan dari budak IBT sudah tiba, tapi bosan skit ah, semua watak dalam animation ni katak (kenapa katak???)



Last2, ana sendiri naik bosan lukis katak... biarlah jari ana lukis apa yang jari2 ana nak...


Bila pusing kepala tengok, aik? Fahim dah main game dah... (nampaknya dua2 pihak dah bosan lukis katak)



Sayonara UM, dah tiba masa untuk balik, nak tengok keadaan homework ana yg terbiar atas meja tu... balik kena siapkan cepat nih!


Dah satu-satunya jiran yg paling hampir, mestilah selalu melawat kan? (Aimi susah sikit nak kira sebagai jiran sebab dah sama tempat)...

Kalau berkesempatan, ana nak try pergi dekat Taylors, tapi plan ni masih lagi dalam perancangan.

P/S: Paling extreme, ana mungkin akan try untuk pergi USIM, huhu...


Saturday, October 3, 2009

Sabtu Telah Tiba

Sampai jugak saat2 yg ditunggukan - hari Sabtu. Lega dapat berehat setelah memanaskan otak selama seminggu. Rasa macam nak letup je kepala. Bulan ni ada dua ujian (Bab 20 - Bab 24 dan Bab 25 - Bab 28), awal bulan sebelas pulak ada ujian akhir semester (Bab 1 - Bab 28, Math, Grammer, Comprehension test, Listening test, Kanji test, Interview test, bla bla bla... ), so nampak gayanya tak boleh lah banyak buang masa.

Tapi petang ni ana nak gi serang UM seperti yg dirancang, hahaha...

And good luck bagi yg bakal menghadapi periksa, wish you guys the best...

Friday, September 18, 2009

Iftar di Nando

Ada lagi satu hari lagi sebelum peluang untuk balik kampung tiba. Sebelum berpisah, kitorang ada buat sedikit iftar yg biasa2 je, memandangkan hari esok dah ada orang nak ponteng (alasan bas, tiket, dan yang sewaktu dengannya) jadi kami semua putuskan untuk buka puasa beramai2 pada hari Khamis.

Hanya pinggan sahaja yang nampak kosong, tapi sebenarnya perut penuh (dengan angin).

Bila dah buka puasa, susah nak ingat dunia. Gambar diatas menunjukkan proses membuktikan fakta ini.

Sedap ke makanan dekat sini? Kalau nak tahu jawapannya, kena lah rasa sendiri (atau soal siasat mana-mana suspek utama diatas).

Asalnya rancang nak ajak pergi buka kt Mid beramai2, tp akhirnya tak semua boleh pergi. Kelas Engineering ada seorang yg tak ikut, Kelas Sains Sosial pulak tiga orang je yg ikut. Apa-apa pun, rancangan tetap diteruskan.

P/S: Bila balik, terasa penat pulak nak siapkan homework...

Saturday, September 12, 2009

Ato Isshukan

Pelajar perempuan Kelas Engineering & Kelas Sains Sosial sebelum pergi Ensoku (hiking) di FRIM



Seminggu lagi, tibalah cuti..

Seminggu lagi, dapatlah pulang rumah...

Seminggu lagi, dapatlah bertemu kembali dgn rakan2 seperjuangan yang sudah hampir lima bulan tidak bersua muka...

Ato isshukan ga arimas, demo dekireba kono nagai jikan ga hakai shitai yo!
(ada lagi seminggu, tapi kalau boleh nak hancurkan tempoh lama ni!)

Saturday, September 5, 2009

Nihongo Nouryoku Shiken

Dibawah arahan pihak IBT, semua pelajarnya kena amik test JLPT atau Japanese Language Proficiency Test (Nihongo Nouryoku Shiken). Ada empat level untuk test ni, dari Level 4 (paling senang) sampai Level (paling susah). Dan pelajar junior IBT perlu ambik Level 3 (cikgu kitorang kata Level 4 senang sangat utk budak-budak IBT, ya ke?)

Manual Peperiksaan (atau Shiken Annai) yang ajar semua perkara termasuk cara isi borang JLPT.


Nak isi borang JLPTpun byk sangat hal, sampaikan nompor pun kena ikut cara orang jepun tulis nombor (tegas gila!) dan borang ni tak boleh difotostat, so salah isi, kena bayar lagi (mahal tau!). Untuk Level 3, pelajar diperlukan untuk menguasai lebih kurang 300 kanji, 1500 perkataan, kemampuan membaca/menulis ayat-ayat yang basik.
Hmmm, nak kata yg ana tak tau yg hidup kat IBT ni banyak giler periksa, tak jugak, tp ni dah boleh tahan melampau banyak dah ni...

Tuesday, July 14, 2009

Knowledge and Arts Tour

Nampaknya beruntung jugak lah ana stay kat HELP Residence ni, sebab ada jugak organisasi seperti YoungMuslimProject yang menganjurkan beberapa program yg boleh dikatakan sebagai "program agama" tapi terbuka kepada semua orang tak kira bangsa dan agama (dah HELP ni kolej antarabangsa kan?)



Walaupun diadakan untuk lebih kurang 10 hari, ana cuma sempat ikut satu program je - "Live Learn and Prevail : Conquering Today Without Regret" pada 13 Julai yang lepas. Penceramah dia seorang convert dari US, Suhaib Webb namanya, and cara dia "berceramah" tu - wow, hilang rasa mengantuk ana yang kalau diikutkan situasi biasa memang dah terlelap dah.

Tajuk nya berkisar tentang Isra' dan Mikraj tapi cara dia mengulas cerita tu, dia boleh keluarkan banyak point2 yg bermanfaat bukan sahaja untuk orang Islam tapi utk sesiapa sahaja. Contoh2 conversation dia dengan non-muslim pun dia cerita. Ada sekali tu dia bagi non-muslim kat US baca Al-Qu'ran (yg dah ditafsir kepada BI lah). Punyalah terharu si non-muslim tu sampaikan dia kata "Where's volume number two?" Memang bagus lah penceramah ni, tak terkata betapa beruntungnya ana dapat dengar dia berceramah.

Cuma ada dua hari je yg tinggal, 14 dan 15 Julai. Mungkin yg 14 Julai punya akan terlepas so ana bagitau yang diadakan pada 15 Julai dekat UIA Gombak, pukul 8 malam sampai 11 malam. Kalau berkesempatan, datanglah - ana rasa ceramah Suhaib Webb tak patut dilepaskan.

Saturday, June 27, 2009

Ziarah Rakan di Universiti Malaya



Alhambdulillah, akhirnya dapat jugak ana datang UM.

Selama ni memang plan nak gi sana, ziarah Fahim dengan Afif, tapi asyik tak ada masa. Petang jumaat ada Kanji test Set 1 sampai Set 10 (Alhamdulillah, ana dapat perfect score) dan Isnin ni pulak ada test Chapter 6 sampai Chapter 10 yg akan cover pelbagai jenis bunpou (grammer), hatsuon (pronounciation) dan mcm2 lagi...

Walaupun dikepit dua test ni (selain test Kanji yg dibuat harian) ana sempat gak lah luangkan masa untuk datang ke UM pada hari ni.

Lebih kurang pukul 12 ana dah naik teksi. Ingatkan dekat je nak pergi dari Damansara ke UM, tapi rupa2nya kena pusing2 dulu baru sampai entrance, so pergi balik dah makan RM 12 (takpa lah, lagipun duit JPA dah masuk, heh).

Si driver tu gi bawak ana sampai Fakulti Kejuruteraan.

Hah, saat tu lah baru ana sedar kesilapan ana: UM ni besar, ana pulak lupa nak tanya Fahim mana blok kolej diorang. Habis sesat ana. Bila ana call Afif, ana bagitau location ana, pastu dia reply:

"Jauh lah nta kena jalan."

Huhu, memang jauh gak, tak sangka boleh sesat sorang2 dalam UM yang boleh tahan besar ni.

Setelah agak lama berjalan, barulah ana spot Afif (dia sendiri terpaksa cari ana yg sesat kat entah mana).

Dipendekkan cerita, ana enter lah blok kolej Afif dgn Fahim. Blok A dan Blok B kat Kolej 12 ialah blok diorang. Blok C dan Blok D pulak untuk kaum hawa - ana diberitahu yang Syamila pun ada kat Kolej 12 jugak.

Bilik diorang? OK jugak. Tapi mandi kat luar lah. Ana kat HELP Residence boleh mandi dalam bilik.

Tapi internet kat sana boleh tahan laju jugak lah. Compare dgn bilik ana, yg nak guna YM pun asyik terputus2, kiranya diorang punya lagi stabil lah.

Tengah hari, ana makan sama2 diorang. Ni lah perkara yg ana rasa menjadi keuntungan untuk budak2 kat UM ni. Nasi campur boleh dapat dengan harga RM 3 sahaja, siap kenyang perut.

Ana kat Damansara ni, average harga RM 6, pastu tak habis2 kari (sebutlah kari apa2, semua ada - maklumlah kedai mamak) pastu tak confirm kenyang lagi. Setakat ni paling mahal ana pernah belanja untuk makan nasi campur kat Damansara ni RM 8. Sesiapa yg ada hasrat untuk pecah rekod ni, dipersilakan. So ana rasa budak2 UM tak patut lah complain dengan harga makanan, kalau kena kat tempat ana, lagi merana.

Lama jugak berbual - maklumlah, lama tak jumpa. Afif akan pergi ke Sarawak dibawah tawaran JPA, so Isnin ni dia dah takda kat UM, jadi beruntunglah ana datang hari ni, kalau tak dah tak dapat jumpa Afif. Lebih kurang pukul 5, ana pun balik lah ke Damansara, naik teksi jugak.

Penat, penat jugak, tapi gembira lah dapat jumpa kawan lama. Hari tu tak dapat jumpa Muzakkir fly kat KLIA sebab tak dapat duit lagi dari JPA, so poket memang kering habis. So bila dah dapat duit ni, ana luangkan lah masa ana untuk jumpa kawan kat UM ni.

Saturday, June 13, 2009

Markah Ujian Nihongo



Alhamdulillah.

Markah ujian ana : 98.1%

Tak perlu ana ulang semula ujian ni. Cuma apa yang ana hampa ialah hakikat yang ana banyak cuai dalam menjawab soalan2 paper ni.

Bukan salah sebab tak tahu, tapi salah sebab tak semak. Memang menyesal.

Kelas ana ada dua orang yang dapat 100% (teringat pulak masa kelas 5 Iltizam dulu, ada dua orang yang dapat full mark dalam Paper Mathematics masa setara 2008).

Tapi keseluruhannya, ana agak berpuas hati lah dengan pencapaian ni.

Next time, ana nak target lebih tinggi dari ni - sebab ana tau yang ana boleh buat, cuma akibat kelalaian dan kealpaan, ana mensia-siakan peluang yang diberikan.

Sunday, June 7, 2009

Cuti Seminggu Sudah Tamat


Salam.

Sekejap sahaja masa berlalu eh?

Pejam celik, dah balik kat HELP Residence ni, esok kembali ana menyambung pelajaran di Institut Bahasa Teikyo.

Dalam masa seminggu tu, memang agak sibuk sikit ah.

Kena buat medical check-up (diwajibkan untuk pelajar yang menerima tawaran JPA). Punyalah banyak perkara yang nak kena buat - ambil darah, cek tekanan darah, x-ray - ada rasa sakit jugak ah dada ana masa tamat buat x-ray tu, maklumlah, ada kesan radioactivity.

Selepas tu pulak ada banyak shukudai (homework) tak kira lah nihongo (bahasa jepun) atau suugaku (mathematics) - hah, ingatkan tahun pertama cuma belajar nihongo je, rupanya kena jugak belajar suugaku, dahlah otak ni dah agak berkarat, lama tak jawab soalan kira-kira ni. Bukan tahap SPM punya. Soalan-soalan factorization dia boleh tahan lah panjang, rasa macam tengah nak factorize equation locus. Dan dari situ pulak akan muncul quadratic equation yang lagi panjang. Bila dapat selesaikan, seronok tak terhingga. Kalau blur, memang termenung, pusing pensel, melukis kat atas kertas conteng...

Well, esok ana akan dapat result test ana (hari jumaat sebelum cuti ada test). Kalau markah kurang dari 90% kena repeat test tu (kat IBT kita panggil mou-ichido yang bermaksud sekali lagi). Ana rasa ada hikmahnya para sensei buat macam ni, nak kasi kita faham betul-betul. Tapi malangnya kena lah balik lewat, samada naik bas senior atau dalam kes yang lagi teruk kena balik naik teksi - terbanglah sang duit dan bertambah lagi besar lubang di kocek.

Ok lah, itu sahaja kot perkongsian ana kali ni. Nak gi jumpa budak2 IBT yang lain, semak jawapan suugaku, tanya khabar, dan yang sebagainya.

Wassalam.

Monday, May 18, 2009

Belajar Kanji


Kanji.

Menarik, tapi terlampau banyak nak diingat. Belum mula lagi pun belajar Kanji, tapi memandangkan ana banyak free time sekarang, ana rasa baik ana buat preparation awal, bak kata Prof. Dr. Syukri - bersedia awal sebelum datang ke kelas.

Kat atas ni ialah screenshot masa ana tengah belajar sendiri Kanji.

Karakter petama tu ialah ame ( 雨 ) yang bermaksud hujan. Karakter yang kedua tu pulak ialah ta ( 田 ) yang bermaksud sawah padi. Karakter yang ketiga ialah kaminari ( 雷 ) yang bermaksud guruh, dan Kanji ni gabungan antara Kanji hujan dan Kanji sawah padi. Karakter yang terakhir tu pulak ialah den ( 電 ) yang bermaksud elektrik, bentuknya hampir sama dengan Kanji guruh, bezanya ialah ada stoke tambahan kat bawah Kanji untuk guruh, maka jadilah Kanji untuk elektrik.

Macam2 boleh jadi dengan Kanji kan? Kalau Kanji ko ( 子 ) yang bermaksud anak, diletakkan selepas Kanji untuk elektrik, maka jadilah denshi ( 電子 ) yang bermaksud elektron. Wah!

Kalau boleh, ana taknak lah jadi macam masa Form 4 dulu, honeymoon sakan - sampaikan ana kena kejar gila2 masa Form 5. Jadi ana pun ambil lah langkah untuk bersedia awal dan mempelajari Kanji sendiri. Tak salah kan?

Mmmm, harap ana dapat bertahan dalam perjuangan ni, lagi2 lah nak ingat lebih kurang 2000 kanji ni...

Sunday, May 17, 2009

Mata Pena dan Penulisan


Bila sesuatu itu sudah lama tidak digunakan, pastinya ia akan menjadi usang dan lusuh.

Begitu juga dengan bakat yang ada. Kalau lama tidak diasah, memang akan menjadi tumpul.

Inilah yang terjadi pada diri ana, yang penulisan untuk Paper 1119 Continuous Writing ana sering kali dikatakan sebagai "boleh jadi novel" tapi kini semakin hari semakin pudar dari visualisasi jendela mata ana.

Sebenarnya ana pernah alami perkara sebegini. Dulu masa sekolah rendah ana memang agak mahir bermain catur, ana memang banyak hafal gerakan2 yang boleh meng-checkmate-kan pihak lawan dalam beberapa gerakan sahaja.

Tapi lihatlah apa yang jadi sekarang. Tak habis-habis kalah je. Memalukan betul.

Jadi, ana tak harap sejarah untuk berulang. Tidak sama sekali. Oleh itulah, kalau boleh, kalau ada masa, kalau ada izin-Nya, ana nak teruskan menulis.

Walaupun agak kurang memuaskan, ana tengah dalam proses menulis karya sulung ana: NURUL AIN.

Pada asalnya ana plan nak post kat blog ana sendiri, tapi ana tukar fikiran dan post-kan dekat blog Dakwah Circle.


Memandangkan jumlah pelawat blog tersebut jauh lagi banyak dari pelawat blog ana, ana rasa lebih baik ana post-kan kat sana. Tapi kalau ana rasa perlu, ana akan post-kan kat blog ana sendiri.

Dan, sepertimana yang ana kata tadi, ana punya bakat penulisan dah agak lusuh, ditambah lagi dengan kesibukan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Institut Bahasa Teikyo.

Jadi, ana betul2 harap kalau ada insan2 yang meninggalkan komen tentang penulisan ana tu, sebab dengan komen para pembaca lah ana boleh sedar apa salah silap ana, apa yang kurang, dan apa yang perlu dibaiki.

Sebelum ni, ana ada banyak percubaan menulis novel tapi akhirnya semuanya tak dapat disiapkan. Tapi kali ni Insya-Allah, ana akan cuba yang terbaik untuk habiskan karya ana.

Sekian.

Saturday, May 2, 2009

Jejak Pertama di Institut Bahasa Teikyo



Salam.

Dah lama ana tak update blog ni, so rasanya sudah tiba masanya ana memunculkan diri kembali.

Ana kini sedang meneruskan pembelajaran di Institut Bahasa Teikyo. Disinilah ana digasak dgn bahasa Jepun selama setahun, selepas tu setahun lagi diletupkan otak ana dengan Physics, Chemistry, dgn Mathematics, semuanya dalam bahasa Jepun.

Huh. Ana masih ingat lagi first day ana kat sini, ada seorang sempai (senior) ana kata "Selamat Datang ke Neraka IBT". Walaupun pada peringkat awal, kelas dia rasa macam kelas budak tadika, belajar Hiragana dan Katakana, tapi tak lama lagi memang akan menjadi susah sebab course ni intensif. Bulan depan dah start belajar Kanji.

Mungkin tak ramai yg paham, so biar ana explain. Bahasa Jepun ada tiga jenis tulisan, Hiragana, Katakana, dan Kanji. Hiragana ialah huruf Jepun yg basic, Katakana pulak ialah huruf Jepun yg digunakan utk eja perkataan yg bukan berasal dari bahasa Jepun macam perkataan2 dari bahasa Inggeris. Kedua-dua Hiragana dan Katakana tak lah seberapa susah.

Yang memerlukan perhatian lebih ialah Kanji - huruf cina yg negara Jepun import banyak2 suatu zaman dahulu. Jadi, bayangkanlah. Ana kena belajar semua tu. Semua 1945 huruf Kanji yg kerajaan Jepun mewajibkan kepada para pelajar Jepun. Itupun dah kira cukup sikit dah 1945 tu, sbb asalnya ada beratus ribu lagi.

Kelas terpisah ikut course - samada Engineering atau Social Science. Ana sempat jugak ah tukar ke course Engineering ni. Kalau Science Social, kena belajar Geography, World History, subjek2 camtu ah. Jadi kiranya beruntung jugak lah ana pilih Engineering ni, jumpa musuh lama ana - Physics. Ugh.

Kalau ada sesiapa yg nak tahu, apa yg bakal ana belajar ni bukan standard SPM, tapi standard A-Level. And, semuanya dalam bahasa Jepun, dan buku teks dia penuh dihiasi dengan Kanji. Wow.

Sebenarnya ana ni belum confirm lagi akan pergi atau tidak ke Jepun sebab semuanya bergantung kepada result peperiksaan EJU (Entrance to Japanese Universities). Peperiksaan ni boleh tahan lah susah dia, menurut sempai ana. Pulak tu, mulai batch ana, dah takde lagi ujian yg akan back-up markah EJU ana.

Sebelum ni ada satu ujian yg akan membantu sesiapa yg markah teruk dlm EJU. Batch yg graduate sebelum sempai ana cuma ada 3 orang sahaja yg lulus EJU, tapi ramai yg dapat pergi Jepun sebab ada ujian back-up yg akan tambah markan asal diorang. Batch ana dengan Aimi? Tiada. Lansung tiada.

So itulah sebabnya, masa first day ana kat sini, sempai ana dah bagi nasihat awal (a.k.a. psycho) kat kitorang.

Mmmm, pasal bilik pulak.

Memandangkan IBT takde bilik penginapan, jadi para pelajar JPA kena lah menginap dekat HELP Residence. Sini sepatutnya bilik utk pelajar HELP College, tapi JPA ada tempah utk kitorang. Memang ada kekecohan pada hari nak masuk tu, tapi akhirnya reda jugaklah ribut.

Satu bilik ada dua orang, dilengkapi bilik mandi yg ada hot shower, wireless, air-con dan macam2 lagi. Kat HELP Residence ada dobi, water cooler utk setiap floor, CCTV - dan lain-lain lagi yg ana malas nk sebut, semuanya benda2 yg kurang penting ah.

Hmm, mesti korang kata, "Wow, mewah gila bilik!"

Beberapa hari yg pertama, ana pun rasa begitu, tapi awan hitam EJU bakal tiba kat atas kepala, so semua nikmat tu tak lama lagi tak akan terpikir lagi - masa tu cuma fikir study, study, study. Pastu tiba lah EJU. Aduhai.

Ada bas yg akan pick budak2 IBT dari HELP Residence ke IBT utk setiap hari kelas. Hari cuti, kalau nak pergi mana2, kena guna teksi ah - mahal gila. Masa cuti, sempat jugak lah ana gi Mid Valley Megamall nak beli buku rujukan kt MPH Bookstore. Walaupun belum tiba lagi masa utk ana belajar Kanji, tapi disebabkan dah terkena aura psycho dari sempai, ana pun pergi lah beli buku nak belajar Kanji.

Hmm, masa ana kt MPH tu, ana rasa mcm ada terserempak dengan seseorang yg ana kenal, tapi...

Ah, rasanya dia sibuk sangat belajar, tak mungkin dia tengah jalan2 sembang kt situ. Anyway, kos tambang teksi masa nak balik lebih mahal dengan kos pergi (ada ke patut?) so nampaknya takde lah ana boleh selalu gi Mid Valley.

Cerita pasal kos, harga barang dekat KL ni boleh tahan mahalnya. Makan malam kat tepi jalan jer dah sampai tujuh ringgit. Macam ni, memang kosong lah poket ana. Senior ana pun dah kering dah. Makan malam cuma makan tosai jer. Macam ni mana boleh fokus dalam kelas - tak cukup nutrient.

Memang banyak jugak lah dugaan kat sini.

Tapi, sebagai seorang yg inginkan kejayaan, kenalah ana rempuh semua onak dan duri demi mencapai matlamat.

Kalau ana berkesempatan, ana akan kongsi lah pengalaman ana dekat sini. Dan juga, kalau ada izin-Nya, ana upload lah gambar2 yg lebih bermakna. Sebenarnya camera ana tertinggal dekat rumah, gambar yg ana upload ni gambar yg sempai ana ambik - kalau nk beli camera pakai duit JPA, memang cari pasal lah, kebulur nanti.

Kepada sahabat2 ana yg akan ke universiti pilihan masing-masing, ana akan sentiasa doakan kejayaan antum semua. Insya-Allah, kita semua boleh berjaya.

Sekian, wassalam.

Tuesday, April 21, 2009

Dilema Menerima Tawaran JPA


Salam kepada semua yg sedang membaca blog ini.

Nak kongsikan sedikit asam garam kehidupan ana, yg dah dapat tawaran menyambung pelajaran ke negara Jepun dibawah tajaan JPA.

Problem yg ana rasa patut dipertimbangkan ada dua.

Pertama: Ana belum pasti lagi course ni betul2 bersesuaian dgn ana atau tidak. Kenapa? Sebab tajuk course ni umum sangat - Sastera dan Sains Social Jepun.

Masa ana tengok list bidang yg ditawarkan oleh JPA, ada disenaraikan Komunikasi sebagai salah satu cabang course ni - memandangkan ni lah yg paling hampir dgn apa yg ana minat, ana pun dgn penuh yakin memilih course ni.

Tapi bila ana call pihak JPA (sebab ana belum dapat surat dari JPA lagi, so ana call pihak JPA, nak pastikan bila dia hantar) masa ni lah baru ana tau yg ada course lain yg lebih menjurus kepada Computer Science. Apa course tu?

Kejuruteraan.

Hah, ana nk tanya lah, sejujurnya, bila ada orang sebut kejuruteraan, antum terbayangkan komputer tak? 

Ana tak.

Tapi pegawai JPA yg ana call tu kata Computer Science tu ada dalam course Kejuruteraan (pergi Jepun jugak) - ni yg ana rasa kurang senang ni. Macam mana boleh ada isi tersirat dalam sesuatu course tu. Kalau ya pun, senaraikan lah apa yg ditawarkan dalam course Kejuruteraan tu. Ini tidak, satu kalimah je yg dipaparkan.

Kedua: Ana masih ada banyak lagi biasiswa yg ana apply tapi belum dengar berita lagi. Contohnya, keputusan senarai calon yg layak ditemuduga utk biasiswa UEM keluar 27 April ni, keputusan interview Shell (ana dapat interview Shell dan JPA setakat ini) keluar bulan Mei.

So, ana masih belum boleh buat tindakan melulu lagi, nanti bila ada tawaran biasiswa selain JPA yg lagi bagus, apa ana nak buat? Cabut keluar dari JPA? Biasanya tak boleh dilepaskan begitu sahaja. Kalau cabut keluar dari Petronas bila dah setuju utk terima tawaran, kena bayar RM 9000. Banyak tu.

Dalam suasana kebingungan ni, ana ada menunaikan solat istikharah dua rakaat, tapi sampai sekarang masih belum mendapat petunjuk dari yg Esa.

Namun, dalam hidup ni, pastinya ada masa kita kena buat keputusan yg kritikal. Jadi, rasanya saat tu telah tiba utk ana. Time to decide. Either accept it, or reject it.

Kepada sahabat X-GEN ana sekalain, terima kasih banyak2 atas bantuan nasihat yg antum beri, ana amat menghargainya, setiap satu daripadanya memberi makna yg amat mendalam kepada ana.

Wassalam.

Movie Fonts


Kepada sahabat2 ana yg ingin download font komersial spt yg digunakan dalam movie, boleh download dari link ini:


Harap ni banyak membantu, terutamanya insan2 spt akh Munir yg rajin membuat badge.


Selama beberapa bulan ana melepak kt makmal sekolah SMIH (w/pun dah lama graduate), ana ada jugak lah jenguk2 budak2 Form 4 yg tengah buat poster filem utk tugasan kelas komputer (pergh, apsal dulu kita takde?) jadi ana pun memberi serba sedikit bantuan utk diorang - bukan tolong buatkan, tapi tolong ajar beberapa kaedah design guna Adobe Photoshop.

Font dari movie Fast & Furious tu ana download dari website lain, ada link dia dibawah:


Kalau ada apa2 kemusykilan, silalah kemukakan, ana akan cuba utk menjawab persoalan tu, insya-Allah.