Friday, April 22, 2011

Flight Confirmed... and some Photoshop

やっと飛べるようになった。

Alhamdulillah, lampu hijau dah menyala. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan, 25hb ni merupakan tarikh utk berangkat ke Ibaraki, Jepun.

Akhirnya, setelah lama menunggu....

"Lama menunggu? Sementara menunggu tu buat apa?"
Haaa, buat apa? Ada la sikit2 buat kerja design ni - siap belajar webdesign.... tengah belajar nak jadikan fail Photoshop jadi website. Yeaaa~ ulang sekali lagi, jadikan fail Photoshop jadi website.

Senang ke tak? Kalau buat secara manual, susah jugak la, dengan nak kena slicing guna Adobe Dreamweaver, pastu jadikan HTML pastu ada lagi CSS (Cascading Style Sheet) pastu bla bla bla...

Tapi Alhamdulillah ada jugak insan-insan bijak kat dunia ni ya cipta plug-in Photoshop cam Divine ngan SiteGrinder 3 nak mudahkan semua kerja manual tu. No more coding, no more CSS. Hello clean Photoshoped website! Huh, tapi malangnya belum sempat lagi nak mahirkan guna plug-in tu dah dapat call nak kena berangkat. Heh. Nampak gayanya kena 'sambung belajar' kat sana lah.




Sesiapa yang mahir Photoshop tapi tak mahir web-design, try Divine (free software) dengan SiteGrinder 3 (kena bayar, ceh kedekut ...... =_=)

Wednesday, April 6, 2011

Kepak Belum Tumbuh

Ya. Kepak memang tak sepatutnya tumbuh... (ada yang dah ke?)

Hmmmm, majazi je. Kiasan semata-mata. Makna sebenar: Penerbangan ditangguh. 残念だね〜

"Lama lagi ah duduk Malaysia ni?"

Yup, masih lagi berpijak di tanah tumpah darahku ini. Nak buat macam mana kan? Negara matahari terbit sekarang masih dilanda bala (gempa bumi, tsunami, letupan loji nuklear - tiga bala sekaligus) dan nampak gayanya masih lama lagi baru dapat sembuh.

Walaupun begitu rapi rancangan kami semua untuk melanjutkan pelajaran ke sana, semua tu hanyalah rancangan manusia... lagi hebat rancangan-Nya menetapkan semua ni. そう思わない?

"Ok, jadi.... sekarang menganggurlah ye?"

Tak ah. Takde pokok anggur macam mana nak menganggur... Guna je lah masa yang ada ni untuk perkara yang berfaedah. Hmmm~

"Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati." (Maksud Hadis)

Cakap je nak gunakan masa seelok-eloknya. Tapi hakikatnya.... main Adobe After Effects. Yeaaa~






P/S: selepas ni nak buang masa main Adobe Photoshop pulak..... bagus kan buang masa main mende alah ni?

Tuesday, March 8, 2011

AMIR って何?

慈悲あまねく慈愛深きアッラーの御名において。

(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

AMIR? Bukan, bukan Amir Syafiq bin Alias... Aspiring Malaysian Rijal

http://amirnet.org/v3/



"わたしたちを正しい道に導きたまえ,あなたが御恵・を下された人々の道に,あなたの怒りを受けし者,また踏・迷える人々の道ではなく"

(Al-Fatihah, ayat 6-7)

InsyaAllah, 頑張ろう!

Saturday, January 1, 2011

Irasshaimase 2011

Apa? Tahun baru? Hmmm...  あっという間にだったな〜


Tirai tahun 2010 dah tamat. Akemashite omedetou. Tahun baru pun bermula.
色々なこと (pelbagai perkara) dah berlaku sepanjang tahun 2010 ni.


Dah berperang demi EJU (夜寝られないほどだったよ) dan tak lupa juga shuuryou shiken atau finals.


Kanji pulak dah makin banyak lupa (shukudai punya shuku pun boleh lupa, kantoi lama sangat tak buat shukudai)


Bunpou pun dah makin teruk (言わない tertukar dengan 言えない, geh, makna dah zenzen chigau)


Walaupun dah banyak perkara yang berlaku, kenangan 2010 tetap terpahat dalam memori...
この年の思い出がすべて心に刻んだよ!




(Kouhai-tachi bergambar semasa Speech Taikai - お前らは最高のコウハイ達なんだぜ! )

(Sewaktu program usrah dengan pelajar JAD/AAJ... sorang tu berbaju macam amir, kopiah macam amir...  AMIR?! )

(Bila tamatnya peperiksaan EJU pada 14 Nov.... semuanya buat 何も感じていない punya muka, haha.... )



Hmmm, itu je lah yang sempat upload... internet tengah slow sekarang. Kalau ada masa lagi insyaAllah ada lah bebelan coretan kat blog ni lagi.

Jaa ne, ada kerja nak kena buat... kerja apa? Karya.... karya apa? Dah, tak payah tanya... heh~


(Huh.... baru satu setengah page. Banyak lagi kerja kena buat nih..... >_<)



Thursday, November 25, 2010

Tangan Kembali Mengganas - 超攻撃時間

Bila dah lama tak main dengan photoshop, mula lah tangan menggatal edit sana-sini. Kalau lama tak renshuu (練習 - practice) nanti boleh lupa semua teknik photo-editing ni.
 
So, cuti dua minggu yang pendek ni (pendek, betul!) sempat jugaklah main-main dengan photoshop nih, lama tak usik dia, dah besar dah Photoshop ni - sampaikan Photoshop CS5 dah keluar dah... (>_<)

(Artwork tiga minit, hanya guna Photoshop brush dengan Gaussian Blur - simple, elegant, classic)

(Tolong jangan pedulikan text yang terpapar tu, ianya hanya sebagai hiasan semata-mata)


Sempat jugak lah nak testing program 3D cam CINEMA 4D (jarang guna software nih, terkial2 skit, tapi apa2 pun still dapat hasilkan sesuatu yang memuaskan hati)

(Okay, text dah siap, sekarang, er...  macam mana nak gerakkan benda alah ni, hmmmmm....)

Alhamdulillah, jari jemari yang main editing ni masih ingat cara-cara untuk design. Apa yang penting? Semestinya kerjasama praktis. Kalaulah cuti ni panjang lagi... zenzen nagakunai janai ka?! (=_=)

Friday, June 18, 2010

Test (Shiken 試験) and Trials (Tameshi 試し)

SHIKEN - 試験


Examination for Japanese Universities 1st Session (Dai-ikkai Nihon Ryuugaku Shiken)

Venue: KDU
Date: 20 June 2010

Possible side effects: Lack of sleep, overusage of brain memory, loss of self-confidence, etc...


(Gambar ni bukan hiasan semata-mata, inilah realiti yang pelajar2 yang akan ke Jepun terpaksa terima)


Hmm? SPM susah? Think again...

Calculator usage? NOT ALLOWED.
Formula sheet? NOT PROVIDED.

Taking the test under special conditions due to sickness, etc? NOT PERMITTED.

So, kepada yang bakal ambil test SPM, ingat:
SPM tu terlampau pemurah, dengan kebenaran menggunakan kalkulator, formula semua sudah tertulis - siap ada 3 paper utk subjek2 sains, nak bantu pelajar score. Mungkin tak ada test yang se-baikhati macam SPM. Percayalah....


TAMESHI - 試し


Actually, shiken dgn tameshi tu dua2 bermaksud "test", tapi shiken tu test utk peperiksaan dan tameshi tu test utk eksperimen, cubaan dsb.

Anyway, whatever...


(Sambil design sambil membuang stress, bak kata orang Jepun, Isseki nichou, haha...)


Bila tengah saja2 main photoshop sekejap (sekejap je) nak buang stress yg dah terkumpul dalam kepala otak nih, tetiba boleh pulak terhasil wallpaper nih...

Apa maksud text yg tertera tu?

"Watashitachi yori Israel e, Palestin kara DETE IKE!"
(Dari kami kepada Israel, pergi keluar dari Palestin!)

Sedikit info: Dete ike (pergi keluar) adalah dalam bentuk perintah (meirei kei) yg berasal dari perkataan dete iku yg merupakan bentuk asal (futsuu kei). Siapa ingat program jepun Istana Takeshi? Ingat jeritan "IKE!" tak?

Wednesday, April 14, 2010

Shin Sekai - Dunia Baru

(Dunia baru pulak.... apa2 sahajalah.)


Salam.

Dah lama tak update, sebab tempat baru ni xde internet, nak buat macam mana?

Tempat baru? Diatas arahan JPA, budak2 IBT yang selama ni menetap dekat HELP Residence, Damansara, kini dah menetap di Danau Idaman Condo, Taman Danau Desa. Apa yang paling di-miss ialah water cooler dengan (of course) wifi connection. Ada beberapa buah CC dekat sini, tapi... (gesel2 jari).

Sebelum tu, tengok dulu gambar2 ni...



 

(sebelum pindah, kita mestilah main campak barang2 agar nampak sibuk sikit)


(selepas pindah, Alhamdulillah, tempat baru ni lebih luas dari sebelum ni...)


Tempat baru ni dekat sikit dengan IBT, tp jauh skit dari KL Sentral (kena naik bas pergi lalu Mid, gi stesen monorel Tun Sambanthan, baru sampai KL Sental).

Overall, tempat baru ni ok, not bad, luas dan selesa... cuma slack no.1 ialah xde wifi. Nampaknya kena lah g beli brodband nanti, tapi.... (gesel2 jari lagi).


P/S: Tengah dalam proses pembikinan tayangan multimedia utk Majlis Pengharaan Guru, tapi kekurangan gambar guru, oh tidak.........

Monday, March 1, 2010

In The Making


Salam.

Dikesempatan yg tak sebeberapa nak sempat (sempit sepatutnya), ana nak upload sedikit gambar in-making (boleh click utk enlarge) sempena program hari guru. Setakat ni baru sikit je yg dah dibuat (masih lagi menanti gambar2 dari ahli2 x-gen).





P/S: Ana menanti sampai 2hb April ya. Ribuan terima kasih kpd mereka yg sudi memberi kerjasama. Jzkk.


Sunday, February 28, 2010

Sedikit Berita


Mmmm.....

Dah berhabuk dah blog ni. Lama tak di-update, lama tak ada post - pendek cerita dah lama tak bukak pun. Dengan kerja yang berlambak, dah jadi macam robot belajar, dengan tugas yang satu iaitu belajar.

Rindu zaman bila diri ini bebas menulis.... (dah terlampau lama tak menulis kat DC)


Update terbaru:

i ) Teiki Shiken (midterm test) dah dekat, tinggal seminggu setengah shj lagi
ii ) kerja khas utk Majlis Hari Guru sedang dalam proses pembikinan 

iii) tak lama lagi akan pindah ke tempat baru, sbb tempat sekarang ni dh penuh dgn student HELP



P/S: Harap dapat segerakan gambar dgn IPT masing-masing ya...



Tak lama nak pindah. Gonna miss this study table....

Sunday, December 6, 2009

Berakhirnya JLPT Level 3

Salam.


Tanggal 6 haribulan 12, kitorang budak2 IBT (dan juga pelajar2 AAJ dari UM, budak2 JAD, dan pelajar2 persendirian yg lain) pergi ke UPM untuk mengambil test:





JLPT
(Japanese Language Proficiency Test)


日本語能力試験
(Nihongo Nouryoku Shiken)



JLPT ni ada 4 level, Level 4 paling senang, Level 1 paling susah. Kitorang semua ambil Level 3, sebab guru2 kat IBT ni memang rasa kitorang layak ambil Level 3, berdasarkan apa yang kitorang dah belajar lah. Beberapa hari yg lepas memang dah cuba ambil soalan tahun 2008 punya paper, boleh lah jawab, tapi...

Bila ambil yang 2008 punya, lain pulak ceritanya.




Tiba di Kompleks Mahasiswa, UPM. Ramai betul orang kat sini.



Antara pelajar IBT yang baru habis jawab kertas terakhir. Aimi berdiri kat belakang tu.



Paper pertama, Vocabulary and Kanji, boleh tahan, tapi ada jugak perkataan2 yang tak belajar lagi, so disebabkan JLPT ni objektif, hmmmph, tembak jelah.

Paper kedua, Listening Test. Alhamdulillah, tak berlaku seperti yg terjadi masa budak2 UM amik MUET (nak tau apa jadi, tanya lah Fahim atau Mila). Ni pun boleh tahan, tapi soalan last tu macam tak sebeberapa nak faham. Sekali lagi, bantai.

Paper terakhir, Grammar. Hah, ni yang tension giler, banyak lagi struktur2 ayat yang belum belajar. Paper ni lah yang paling banyak kena tembak. Kena atau tidak, wallahualam.

Bila dah tamat, lega. Habis lebih kurang tengah hari tadi. Orang Jepun nih suka betul buat ujian dalam tempoh masa satu hari sahaja (tahun depan amik EJU, akan disumbat semua Phy, Chem, Math dan Japanese dalam satu hari).

Result nanti dapat bulan Mac 2010, keputusan dia samada lulus atau gagal, takde grading. And siap akan poskan sijil ke rumah pelajar pulak tu (tadi awal2 pagi dah kena tulis nama dan alamat dekat envelope besar).



Apa2 pun, kena tunggu sahala lah result nanti. Dah buat yang terbaik, kita terima sahajalah keputusan-Nya.


P/S: Boleh tahan cantik jugak masjid kat UPM ni, cuma tak berpeluang masuk ke dalam je. Macam mana architecture kat dalam tu ya Amar?

Friday, November 27, 2009

Anda Tahu Noktah Kehidupan Anda?





Salam.

Dah lama tak update blog nih, so buat masa ni ana nak letak lah sedikit, umm, renungan? (panggillah apa2 sahaja, renungan ker, ingatan ker, mesej ker...)

Sedikit teks yang ana copy dari entah mana:

Taubat penuh keinsafan dan penyesalan gambaran sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan baik berupa dosa kecil mahu pun dosa besar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maksud dosa besar ialah perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT di mana telah ditentukan hukumannya di dunia dan dikenakan ancaman azab neraka di akhirat seperti mencuri, berzina dan lain-lain, yang memang termaktub dalam al-Quran atau pun hadis Rasulullah SAW.

Apabila menyedari sudah melakukan dosa, haruslah segera membersihkan diri. Rasulullah SAW sendiri walaupun dipelihara Allah SWT daripada melakukan dosa tetap bertaubat dalam sehari semalam melebihi 70 kali.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari lebih 70 kali." (Hadis riwayat Bukhari)

Namun, sebilangan besar masyarakat Islam hari ini begitu leka melakukan maksiat dan sedikit pun tidak rasa bersalah bahkan menjadi kebanggaan pula apabila melakukannya. Benarlah seperti diungkapkan Asy-Syekh Husen Yusuf Ghazzal: "Dapat kita saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sewenang-wenangnya mereka berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mempedulikan syariat agama dan norma etika."

Mesej dari ana sendiri:

Bila kita masih ada nikmat kehidupan yang tenang lagi senang ni,ingat-ingatlah. Kepada sesiapa yang pernah ana lakukan kesilapan, ana harap dimaafkan. Tak semestinya masa Hari Raya Aidilfitri sahaja kita perlu mohon maaf kan? By the way, ana nak ucapkan kepada semua, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Kalau ada sesiapa nak poskan ada sedikit daging, amat dialu-alukan, hahaha...

P/S: Gambar diatas bukan 100% dibuat oleh ana, cuma edit sikit2 jer.

Sunday, October 18, 2009

Selamat Merempuh Peperiksaan Akhir Semester





Salam.

Khas bagi X-GEN yang akan menduduki peperiksaan akhir semester dari 19 Oktober hingga 16 November 2009, disini ada sedikit persembahan multimedia untuk tatapan semangat, tidak kira di mana jua, kami semua sedang merempuh ujian yang sama, diatas landasan perjuangan yang sama, dan menuju matlamat yang sama. Semoga perjuangan ini dapat kami rempuh dengan jayanya, dan cemerlang dunia akhirat, insya-Allah.

Screenshot:












Link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=LKQUXs8U5BY

Link Dakwah Circle: http://dakwahcircle.blogspot.com/

P/S: Minta maaf banyak-banyak jikalau ada yg tak tersenarai, ini sahaja yang ana sempat letak berdasarkan maklum balas SMS / data dari laman web SMIH...

Sunday, October 11, 2009

Gathering Ikhwah X-GEN

Rancangan yg dah lama dirancang akhirnya terlaksana rancangan nya...

Mula dari 8.50, budak2 USIM naik KTM, diikuti juga dgn budak2 yg berhampiran dgn area Nilai (UPM, UNISEL). Bagi yg dah dekat dgn area KL ni (IBT, UM, Taylors) naiklah bas atau teksi, kumpul di Midvalley Megamall pada pukul 10.30 pagi.

Tanggal 11 Oktober 2009, gathering ikhwah X-GEN di Midvalley bermula...




Berkumpul kat tingkat teratas.... bukan untuk tengok wayang ya...



Muaz sedang menikmati makanannya sambil memfokuskan matanya kepada.... apa ya?



Siapakah tetamu misteri yang membuatkan muka Fahim dan Muaz sebegini? Berikan hujah anda kurang daripada 400 patah perkataan.



Amir: Apsal rasa cam pelik je makanan ni? Tak cukup garam ker?



Makanan: Aduh, ada ke budak USIM ni kata diriku ni perlu dimasukkan garam?




Sesiapa yang berani menggangu Amar yang sedang makan akan merasai serangan sudu hitamnya...



Hah, memang ramai yang datang pada hari ni... muka-muka yang jarang dilihat pun ada...



Mahadhir pun datang seh! Skang beliau sedang menyambung pelajaran di UNISEL (terbuktilah ahli-ahli X-GEN semuanya hebat2 belaka)




Walaupun dah lama rancangan ni di rancang, tapi baru hari ni dapat dibuat. Memang agak sukar untuk mengumpulkan ahli2 X-GEN yg dah bersepah dimerata bumi Malaysia ni.

Buat masa ni, rancangan menyerang USIM ditangguhkan pada bulan Disember, sebab perlu tunggu semua habis finals dan balik ke IPT masing2 selepas cuti. Itupun selepas membincang dan mengambil kira 4 rancangan. Akhirnya rancangan yg ke-4 dipilih (utk buat bila semua dah balik cuti finals)...

Semoga apa yg dirancang diizinkan-Nya.

Donna keikaku de mo, Kami-sama no yurushi ga nai nara, zenzen dekinai.
Makna: Tidak kira apa rancangan sekalipun, kalau tiada izin-Nya, tidak akan dapat dilaksanakan.

Saturday, October 10, 2009

Karangan Terakhir Tahap Shokyuu

Walaupun selama ni kurang minat nak tulis karangan jenis fakta (time sekolah menengah tu mana minat jenis ni, biasanya narrative essay lah yg akan ana pilih) tapi bila dapat tau yg ni karangan terakhir untuk tahap Shokyuu (Sho = awal, Kyuu = level, Shokyuu = Beginner Level), tiba2 rasa macam nak buat yg terbaik pulak.

Heh, rancang jer, tapi realitinya...

1) Buntu nak huraikan isi
2) Sempat lagi layan YM sampai 3 pagi
3) Tak sempat semak perenggan kedua dan seterusnya




Karangan yang ditulis pada pukul 3 pagi, masih boleh tahan lagi tahap kecantikkan tulisan tangan kan? Hahaha...


Overall, ni lah tajuk yg paling best yg pernah sensei bagi. Tajuknya, moshi watashi wa ... dattara (sekiranya saya seorang ...), boleh tahan la tajuk ni banding yg sebelum ni, ada sekali tu kena terangkan pasal Hari Raya, padahal kena hantar beberapa hari sebelum cuti raya, tu yg bila nak tulis jer, teringat raya... hampeh...

Debaran menghadapi Chuukyuu (Intermediate Level) dah semakin dirasai. Bila dah masuk Chukyuu, mula lah belajar Physics, Chemistry dan Mathematics sepenuhnya dalam bahasa Jepun (wooo.... camana lah agaknya nak survive bila dah hampir setahun tak bukak buku2 subjuk sains nih)...

Mmmm, makin lama, makin sibuk rasanya... dah lama sangat ana tak sambung menulis kat Dakwah Circle...

Sunday, October 4, 2009

Serangan Kedua Keatas Universiti Malaya

Dah beberapa bulan tak gi UM ni, so memandakan ana ada free time (ye ye aja ada free time) ana gi UM pada hari Sabtu. Tanpa dirancang, lawatan yang asalnya patut memakan masa beberapa jam sahaja akhirnya menjadi lebih dari 24 jam ana kat UM.

Waktu tiba di Kolej 12, UM : Sabtu, 3 Oktober, 3.50 p.m.
Waktu balik ke HELP Residence : Ahad, 4 Oktober, 4.30 p.m.

Apa nak buat, tidur jelah kat UM tu, bukannya beza sangat bilik dia dgn bilik kt HELP Residence ni, internet pun sama lembap, heheh...



Inilah dia pandangan dari luar Kolej 12, bangunan utk budak2 PASUM (apa tu PASUM? ana pun tak tau, haha...)



Mmmm, cantik... cantik... camni lah suasana nak belajar, memamg kalah HELP Residence, suasana construction jer...



Blok A, B, C dan D hampir sama jer, atas bawah kiri kanan, boleh sesat nak gi kafe kt bawah tu (nasib baik tak gi dorm perempuan)



Pandangan Blok A dari atas... sekali lagi, cantik... cantik... jauh lagi cantik dari HELP Residence.


Budak PASUM Alam Bina tengah buat animation (pergh, tabik ah, Fahim wat animation!)



Bukan senang nak wat animation, kena guna kertas, gerakkan sikit2... kenapalah tak guna tablet grafik ya?


Bantuan dari budak IBT sudah tiba, tapi bosan skit ah, semua watak dalam animation ni katak (kenapa katak???)



Last2, ana sendiri naik bosan lukis katak... biarlah jari ana lukis apa yang jari2 ana nak...


Bila pusing kepala tengok, aik? Fahim dah main game dah... (nampaknya dua2 pihak dah bosan lukis katak)



Sayonara UM, dah tiba masa untuk balik, nak tengok keadaan homework ana yg terbiar atas meja tu... balik kena siapkan cepat nih!


Dah satu-satunya jiran yg paling hampir, mestilah selalu melawat kan? (Aimi susah sikit nak kira sebagai jiran sebab dah sama tempat)...

Kalau berkesempatan, ana nak try pergi dekat Taylors, tapi plan ni masih lagi dalam perancangan.

P/S: Paling extreme, ana mungkin akan try untuk pergi USIM, huhu...


Saturday, October 3, 2009

Sabtu Telah Tiba

Sampai jugak saat2 yg ditunggukan - hari Sabtu. Lega dapat berehat setelah memanaskan otak selama seminggu. Rasa macam nak letup je kepala. Bulan ni ada dua ujian (Bab 20 - Bab 24 dan Bab 25 - Bab 28), awal bulan sebelas pulak ada ujian akhir semester (Bab 1 - Bab 28, Math, Grammer, Comprehension test, Listening test, Kanji test, Interview test, bla bla bla... ), so nampak gayanya tak boleh lah banyak buang masa.

Tapi petang ni ana nak gi serang UM seperti yg dirancang, hahaha...

And good luck bagi yg bakal menghadapi periksa, wish you guys the best...

Friday, September 18, 2009

Iftar di Nando

Ada lagi satu hari lagi sebelum peluang untuk balik kampung tiba. Sebelum berpisah, kitorang ada buat sedikit iftar yg biasa2 je, memandangkan hari esok dah ada orang nak ponteng (alasan bas, tiket, dan yang sewaktu dengannya) jadi kami semua putuskan untuk buka puasa beramai2 pada hari Khamis.

Hanya pinggan sahaja yang nampak kosong, tapi sebenarnya perut penuh (dengan angin).

Bila dah buka puasa, susah nak ingat dunia. Gambar diatas menunjukkan proses membuktikan fakta ini.

Sedap ke makanan dekat sini? Kalau nak tahu jawapannya, kena lah rasa sendiri (atau soal siasat mana-mana suspek utama diatas).

Asalnya rancang nak ajak pergi buka kt Mid beramai2, tp akhirnya tak semua boleh pergi. Kelas Engineering ada seorang yg tak ikut, Kelas Sains Sosial pulak tiga orang je yg ikut. Apa-apa pun, rancangan tetap diteruskan.

P/S: Bila balik, terasa penat pulak nak siapkan homework...

Saturday, September 12, 2009

Ato Isshukan

Pelajar perempuan Kelas Engineering & Kelas Sains Sosial sebelum pergi Ensoku (hiking) di FRIM



Seminggu lagi, tibalah cuti..

Seminggu lagi, dapatlah pulang rumah...

Seminggu lagi, dapatlah bertemu kembali dgn rakan2 seperjuangan yang sudah hampir lima bulan tidak bersua muka...

Ato isshukan ga arimas, demo dekireba kono nagai jikan ga hakai shitai yo!
(ada lagi seminggu, tapi kalau boleh nak hancurkan tempoh lama ni!)

Saturday, September 5, 2009

Nihongo Nouryoku Shiken

Dibawah arahan pihak IBT, semua pelajarnya kena amik test JLPT atau Japanese Language Proficiency Test (Nihongo Nouryoku Shiken). Ada empat level untuk test ni, dari Level 4 (paling senang) sampai Level (paling susah). Dan pelajar junior IBT perlu ambik Level 3 (cikgu kitorang kata Level 4 senang sangat utk budak-budak IBT, ya ke?)

Manual Peperiksaan (atau Shiken Annai) yang ajar semua perkara termasuk cara isi borang JLPT.


Nak isi borang JLPTpun byk sangat hal, sampaikan nompor pun kena ikut cara orang jepun tulis nombor (tegas gila!) dan borang ni tak boleh difotostat, so salah isi, kena bayar lagi (mahal tau!). Untuk Level 3, pelajar diperlukan untuk menguasai lebih kurang 300 kanji, 1500 perkataan, kemampuan membaca/menulis ayat-ayat yang basik.
Hmmm, nak kata yg ana tak tau yg hidup kat IBT ni banyak giler periksa, tak jugak, tp ni dah boleh tahan melampau banyak dah ni...

Tuesday, July 14, 2009

Knowledge and Arts Tour

Nampaknya beruntung jugak lah ana stay kat HELP Residence ni, sebab ada jugak organisasi seperti YoungMuslimProject yang menganjurkan beberapa program yg boleh dikatakan sebagai "program agama" tapi terbuka kepada semua orang tak kira bangsa dan agama (dah HELP ni kolej antarabangsa kan?)



Walaupun diadakan untuk lebih kurang 10 hari, ana cuma sempat ikut satu program je - "Live Learn and Prevail : Conquering Today Without Regret" pada 13 Julai yang lepas. Penceramah dia seorang convert dari US, Suhaib Webb namanya, and cara dia "berceramah" tu - wow, hilang rasa mengantuk ana yang kalau diikutkan situasi biasa memang dah terlelap dah.

Tajuk nya berkisar tentang Isra' dan Mikraj tapi cara dia mengulas cerita tu, dia boleh keluarkan banyak point2 yg bermanfaat bukan sahaja untuk orang Islam tapi utk sesiapa sahaja. Contoh2 conversation dia dengan non-muslim pun dia cerita. Ada sekali tu dia bagi non-muslim kat US baca Al-Qu'ran (yg dah ditafsir kepada BI lah). Punyalah terharu si non-muslim tu sampaikan dia kata "Where's volume number two?" Memang bagus lah penceramah ni, tak terkata betapa beruntungnya ana dapat dengar dia berceramah.

Cuma ada dua hari je yg tinggal, 14 dan 15 Julai. Mungkin yg 14 Julai punya akan terlepas so ana bagitau yang diadakan pada 15 Julai dekat UIA Gombak, pukul 8 malam sampai 11 malam. Kalau berkesempatan, datanglah - ana rasa ceramah Suhaib Webb tak patut dilepaskan.