Wednesday, April 6, 2011

Kepak Belum Tumbuh

Ya. Kepak memang tak sepatutnya tumbuh... (ada yang dah ke?)

Hmmmm, majazi je. Kiasan semata-mata. Makna sebenar: Penerbangan ditangguh. 残念だね〜

"Lama lagi ah duduk Malaysia ni?"

Yup, masih lagi berpijak di tanah tumpah darahku ini. Nak buat macam mana kan? Negara matahari terbit sekarang masih dilanda bala (gempa bumi, tsunami, letupan loji nuklear - tiga bala sekaligus) dan nampak gayanya masih lama lagi baru dapat sembuh.

Walaupun begitu rapi rancangan kami semua untuk melanjutkan pelajaran ke sana, semua tu hanyalah rancangan manusia... lagi hebat rancangan-Nya menetapkan semua ni. そう思わない?

"Ok, jadi.... sekarang menganggurlah ye?"

Tak ah. Takde pokok anggur macam mana nak menganggur... Guna je lah masa yang ada ni untuk perkara yang berfaedah. Hmmm~

"Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati." (Maksud Hadis)

Cakap je nak gunakan masa seelok-eloknya. Tapi hakikatnya.... main Adobe After Effects. Yeaaa~






P/S: selepas ni nak buang masa main Adobe Photoshop pulak..... bagus kan buang masa main mende alah ni?

No comments: