Monday, April 20, 2009

Perasmian Ihtifal SMIH 2009 – in the making


Salam.

Ingin ana kongsikan serba sedikit pengalaman dalam pembikinan Multimedia Perasmian Ihtifal SMIH 2009.


Pelakon utama sedang melalui proses mengingat skrip, ada gaya macam lawyer sedang menggertak lawannya dgn kata2 yg berputar belit tp sebenarnya takde main point (maklumlah, dia ni debater) – ha, kt belakang tu boleh nampak cik scriptwriter sedang berjalan2 di tapak perfileman.



Kata Farhana “…bagi proses pembelajaran yg lebih selesa dan lebih…aman… lebih aman ?!” – kes dah tak ingat skrip… well, expression mukanya jelas membuktikan yg proses rakaman ni bukanlah satu proses yg sentiasa serious dan stressful (macam proses photosynthesis jugak lah).



Para pelakon tambahan sentiasa memberi sokongan padu (atau gelakkan bertalu) kepada pengacara yg sentiasa bertungkus lumus (betul ke ana eja? cam salah je..) - apa yg mungkin tak dapat dipaparkan kt sini ialah suasana hujan yg bunyinya begitu kuat, yg menyebabkan suara para pengacara kita tidak sebeberapa kedengaran - sayang betul!



Tamim sedang beraksi dan bergaya sambil menghayati skripnya dengan penuh khusyuk, muka takleh handle seh - tengok cara dia pegang tangan. Kalau ada yg tertanya kenapa sorang berdiri depan sofa, yg sorang lagi kt belakang, well, itu sbb dlm proses perfileman ni kita takde costume designer (kalau tak faham apa yg ana maksudkan, buat2 faham lah ya).



Tiada stress pun dlm proses perfileman ni sebenarnya (sbb semuanya mengalir kepada ana) -happy jer dua orang pengacara kita ni. Cuba tengok betul2, Tamim tak pakai tie atau baju sekolah kan? (melainkan blazer lah) – itu sbb dia mintak mak dia bawak baju dan tie tu dari rumah (pergh, semangat betul - respect!) dan juga, er, yang berada di belakang tu, ada terjatuh apa2 kt bawah sofa?



Selepas rakaman selesai, ana mula masukkan video rakaman ni ke dalam computer (saat ini bermulalah proses berdating dgn computer ana, takde bunga ros, takde kotak coklat, takde candle light dinner, just me and my computer for 24-hours straight).

Kt atas ni adalah keadaan sewaktu ana tgh dlm proses nak cut video yg punyalah panjang (video merata sekolah) supaya dia timing dgn suara pengacara. Contohnya, bila Farhana sebut makmal komputer, makmal kayu, kenalah video tu paparkan makmal2 tersebut, bukan tunjuk benda lain. Boleh tahanlah tahap kebosanan proses ni. Ni software Sony Vegas Movie Studio 9. Suara pengacara pun dirakam kt sini (nampak waveform warna biru hijau kt bawah tu? Itulah suara pengacara kita) dirakam guna headphone - hasilnya jauh lagi jelas dari rakaman video - yg bunyi hujan jer lebih.



Ini pulak proses meletakkan title nama pengacara kt video. Kat sini jugaklah ana adjust colour video tu – asalnya mcm muram jer, tp ana ubah dia punya Brightness/Contrast dan Hue/Saturation dengan menggunakan Adjustment Layer supaya warna kulit dan warna background tu lebih terserlah. Software yg digunakan ialah Adobe After Effects CS4 (kenapa tak guna CS3? sbb CS3 takleh import fail mp3). Apa jadi dgn Flash? Jangan risau, Flash masih sihat wal afiat kt dlm computer ana, cuma dah jarang digunakan jer.


Overall, ana rasa banyak lagi yg perlu dibaiki. Maklumlah, ana masih lemah dalam bidang ni, lagipun sebenarnya ana ni baru belajar software Adobe After Effects - ana start belajar software ni hujung tahun lepas, bila tamatnya peperiksaan SPM, so masih belum genap setahun pun tempoh pembelajaran tu, ditolakkan lagi dengan masa yg diluangkan utk buat majalah, so ana sedar diri lah bila ada beberapa orang kata ana punya hasil multimedia ni kurang memuaskan.


Disini, ana juga nak mengambil kesempatan ni utk melafazkan ucapan ribuan terima kasih kpd semua yg terlibat dalam proses rakaman ni, terutamanya kpd Tamim Faruq, Nadiah Farhana (yg siap kata yg dia sanggup nk datang sekolah pukul 10 malam semata2 nk buat dubbing suara, sbb keesokkan harinya merupakan hari yg terpenting tu, jadi masa memang tak cukup – Man, I really can’t thank you guys enough!) dan juga kpd Ezzah Fatin Jemain yg sudi meluangkan masa utk menulis skrip utk para pengacara ni – bukan senang nak tukis skrip ni, ana dah try utk buat tapi tak dapat, so akhirnya kenalah mintak tolong dia.


Tidak dilupakan juga kpd Ust Azri yg banyak membantu dari segi peralatan perfileman ni seperti camcorder, DVD-R, tripod dan juga headphone yg digunakan utk rakam suara pengacara. Selain itu, ana juga nak berterima kasih kpd rakan2 ana yg ada sewaktu proses perfileman tu seperti Nadiah Husna yg ada membantu adindanya yg tercinta di lokasi perfileman, kepada Amar Saadin yg banyak membantu membawa peralatan perfileman ke hulu ke hilir (walaupun akhirnya tripod yg dibawanya menjadi rosak) kepada Auni Salma yg sentiasa bekerjasama dgn Ezzah sambil membantu Farhana semasa proses rakaman, dan juga kepada Nawal Saudah yg ada membantu merakam (tapi sayangnya video yg dirakamnya tak dapat dimasukkan sebab terpaksa tukar skrip).


Akhirnya, ana nak kata yg ana banyak mempelajari ilmu baru sewaktu proses rakaman ni, terutamanya dalam hal2 utk mendapatkan kualiti rakaman yg dikehendaki, sambil2 menghadapi cabaran dan dugaan yg perit bagi menyiapkan tayangan multimedia ni. Tiada yg percuma dalam dunia ni, pengalaman pun perlu dibayar dgn usaha gigih dan penat lelah. Dan juga yg paling penting – kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi rancanganNya yang merupakan kata putus.

No comments: