Friday, April 22, 2011

Flight Confirmed... and some Photoshop

やっと飛べるようになった。

Alhamdulillah, lampu hijau dah menyala. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa halangan, 25hb ni merupakan tarikh utk berangkat ke Ibaraki, Jepun.

Akhirnya, setelah lama menunggu....

"Lama menunggu? Sementara menunggu tu buat apa?"
Haaa, buat apa? Ada la sikit2 buat kerja design ni - siap belajar webdesign.... tengah belajar nak jadikan fail Photoshop jadi website. Yeaaa~ ulang sekali lagi, jadikan fail Photoshop jadi website.

Senang ke tak? Kalau buat secara manual, susah jugak la, dengan nak kena slicing guna Adobe Dreamweaver, pastu jadikan HTML pastu ada lagi CSS (Cascading Style Sheet) pastu bla bla bla...

Tapi Alhamdulillah ada jugak insan-insan bijak kat dunia ni ya cipta plug-in Photoshop cam Divine ngan SiteGrinder 3 nak mudahkan semua kerja manual tu. No more coding, no more CSS. Hello clean Photoshoped website! Huh, tapi malangnya belum sempat lagi nak mahirkan guna plug-in tu dah dapat call nak kena berangkat. Heh. Nampak gayanya kena 'sambung belajar' kat sana lah.




Sesiapa yang mahir Photoshop tapi tak mahir web-design, try Divine (free software) dengan SiteGrinder 3 (kena bayar, ceh kedekut ...... =_=)

Wednesday, April 6, 2011

Kepak Belum Tumbuh

Ya. Kepak memang tak sepatutnya tumbuh... (ada yang dah ke?)

Hmmmm, majazi je. Kiasan semata-mata. Makna sebenar: Penerbangan ditangguh. 残念だね〜

"Lama lagi ah duduk Malaysia ni?"

Yup, masih lagi berpijak di tanah tumpah darahku ini. Nak buat macam mana kan? Negara matahari terbit sekarang masih dilanda bala (gempa bumi, tsunami, letupan loji nuklear - tiga bala sekaligus) dan nampak gayanya masih lama lagi baru dapat sembuh.

Walaupun begitu rapi rancangan kami semua untuk melanjutkan pelajaran ke sana, semua tu hanyalah rancangan manusia... lagi hebat rancangan-Nya menetapkan semua ni. そう思わない?

"Ok, jadi.... sekarang menganggurlah ye?"

Tak ah. Takde pokok anggur macam mana nak menganggur... Guna je lah masa yang ada ni untuk perkara yang berfaedah. Hmmm~

"Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati." (Maksud Hadis)

Cakap je nak gunakan masa seelok-eloknya. Tapi hakikatnya.... main Adobe After Effects. Yeaaa~






P/S: selepas ni nak buang masa main Adobe Photoshop pulak..... bagus kan buang masa main mende alah ni?

Tuesday, March 8, 2011

AMIR って何?

慈悲あまねく慈愛深きアッラーの御名において。

(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

AMIR? Bukan, bukan Amir Syafiq bin Alias... Aspiring Malaysian Rijal

http://amirnet.org/v3/



"わたしたちを正しい道に導きたまえ,あなたが御恵・を下された人々の道に,あなたの怒りを受けし者,また踏・迷える人々の道ではなく"

(Al-Fatihah, ayat 6-7)

InsyaAllah, 頑張ろう!