Friday, November 27, 2009

Anda Tahu Noktah Kehidupan Anda?





Salam.

Dah lama tak update blog nih, so buat masa ni ana nak letak lah sedikit, umm, renungan? (panggillah apa2 sahaja, renungan ker, ingatan ker, mesej ker...)

Sedikit teks yang ana copy dari entah mana:

Taubat penuh keinsafan dan penyesalan gambaran sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan baik berupa dosa kecil mahu pun dosa besar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maksud dosa besar ialah perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT di mana telah ditentukan hukumannya di dunia dan dikenakan ancaman azab neraka di akhirat seperti mencuri, berzina dan lain-lain, yang memang termaktub dalam al-Quran atau pun hadis Rasulullah SAW.

Apabila menyedari sudah melakukan dosa, haruslah segera membersihkan diri. Rasulullah SAW sendiri walaupun dipelihara Allah SWT daripada melakukan dosa tetap bertaubat dalam sehari semalam melebihi 70 kali.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari lebih 70 kali." (Hadis riwayat Bukhari)

Namun, sebilangan besar masyarakat Islam hari ini begitu leka melakukan maksiat dan sedikit pun tidak rasa bersalah bahkan menjadi kebanggaan pula apabila melakukannya. Benarlah seperti diungkapkan Asy-Syekh Husen Yusuf Ghazzal: "Dapat kita saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sewenang-wenangnya mereka berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mempedulikan syariat agama dan norma etika."

Mesej dari ana sendiri:

Bila kita masih ada nikmat kehidupan yang tenang lagi senang ni,ingat-ingatlah. Kepada sesiapa yang pernah ana lakukan kesilapan, ana harap dimaafkan. Tak semestinya masa Hari Raya Aidilfitri sahaja kita perlu mohon maaf kan? By the way, ana nak ucapkan kepada semua, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Kalau ada sesiapa nak poskan ada sedikit daging, amat dialu-alukan, hahaha...

P/S: Gambar diatas bukan 100% dibuat oleh ana, cuma edit sikit2 jer.