Tuesday, April 21, 2009

Dilema Menerima Tawaran JPA


Salam kepada semua yg sedang membaca blog ini.

Nak kongsikan sedikit asam garam kehidupan ana, yg dah dapat tawaran menyambung pelajaran ke negara Jepun dibawah tajaan JPA.

Problem yg ana rasa patut dipertimbangkan ada dua.

Pertama: Ana belum pasti lagi course ni betul2 bersesuaian dgn ana atau tidak. Kenapa? Sebab tajuk course ni umum sangat - Sastera dan Sains Social Jepun.

Masa ana tengok list bidang yg ditawarkan oleh JPA, ada disenaraikan Komunikasi sebagai salah satu cabang course ni - memandangkan ni lah yg paling hampir dgn apa yg ana minat, ana pun dgn penuh yakin memilih course ni.

Tapi bila ana call pihak JPA (sebab ana belum dapat surat dari JPA lagi, so ana call pihak JPA, nak pastikan bila dia hantar) masa ni lah baru ana tau yg ada course lain yg lebih menjurus kepada Computer Science. Apa course tu?

Kejuruteraan.

Hah, ana nk tanya lah, sejujurnya, bila ada orang sebut kejuruteraan, antum terbayangkan komputer tak? 

Ana tak.

Tapi pegawai JPA yg ana call tu kata Computer Science tu ada dalam course Kejuruteraan (pergi Jepun jugak) - ni yg ana rasa kurang senang ni. Macam mana boleh ada isi tersirat dalam sesuatu course tu. Kalau ya pun, senaraikan lah apa yg ditawarkan dalam course Kejuruteraan tu. Ini tidak, satu kalimah je yg dipaparkan.

Kedua: Ana masih ada banyak lagi biasiswa yg ana apply tapi belum dengar berita lagi. Contohnya, keputusan senarai calon yg layak ditemuduga utk biasiswa UEM keluar 27 April ni, keputusan interview Shell (ana dapat interview Shell dan JPA setakat ini) keluar bulan Mei.

So, ana masih belum boleh buat tindakan melulu lagi, nanti bila ada tawaran biasiswa selain JPA yg lagi bagus, apa ana nak buat? Cabut keluar dari JPA? Biasanya tak boleh dilepaskan begitu sahaja. Kalau cabut keluar dari Petronas bila dah setuju utk terima tawaran, kena bayar RM 9000. Banyak tu.

Dalam suasana kebingungan ni, ana ada menunaikan solat istikharah dua rakaat, tapi sampai sekarang masih belum mendapat petunjuk dari yg Esa.

Namun, dalam hidup ni, pastinya ada masa kita kena buat keputusan yg kritikal. Jadi, rasanya saat tu telah tiba utk ana. Time to decide. Either accept it, or reject it.

Kepada sahabat X-GEN ana sekalain, terima kasih banyak2 atas bantuan nasihat yg antum beri, ana amat menghargainya, setiap satu daripadanya memberi makna yg amat mendalam kepada ana.

Wassalam.

Movie Fonts


Kepada sahabat2 ana yg ingin download font komersial spt yg digunakan dalam movie, boleh download dari link ini:


Harap ni banyak membantu, terutamanya insan2 spt akh Munir yg rajin membuat badge.


Selama beberapa bulan ana melepak kt makmal sekolah SMIH (w/pun dah lama graduate), ana ada jugak lah jenguk2 budak2 Form 4 yg tengah buat poster filem utk tugasan kelas komputer (pergh, apsal dulu kita takde?) jadi ana pun memberi serba sedikit bantuan utk diorang - bukan tolong buatkan, tapi tolong ajar beberapa kaedah design guna Adobe Photoshop.

Font dari movie Fast & Furious tu ana download dari website lain, ada link dia dibawah:


Kalau ada apa2 kemusykilan, silalah kemukakan, ana akan cuba utk menjawab persoalan tu, insya-Allah.

Monday, April 20, 2009

Perasmian Ihtifal SMIH 2009 – in the making


Salam.

Ingin ana kongsikan serba sedikit pengalaman dalam pembikinan Multimedia Perasmian Ihtifal SMIH 2009.


Pelakon utama sedang melalui proses mengingat skrip, ada gaya macam lawyer sedang menggertak lawannya dgn kata2 yg berputar belit tp sebenarnya takde main point (maklumlah, dia ni debater) – ha, kt belakang tu boleh nampak cik scriptwriter sedang berjalan2 di tapak perfileman.



Kata Farhana “…bagi proses pembelajaran yg lebih selesa dan lebih…aman… lebih aman ?!” – kes dah tak ingat skrip… well, expression mukanya jelas membuktikan yg proses rakaman ni bukanlah satu proses yg sentiasa serious dan stressful (macam proses photosynthesis jugak lah).



Para pelakon tambahan sentiasa memberi sokongan padu (atau gelakkan bertalu) kepada pengacara yg sentiasa bertungkus lumus (betul ke ana eja? cam salah je..) - apa yg mungkin tak dapat dipaparkan kt sini ialah suasana hujan yg bunyinya begitu kuat, yg menyebabkan suara para pengacara kita tidak sebeberapa kedengaran - sayang betul!



Tamim sedang beraksi dan bergaya sambil menghayati skripnya dengan penuh khusyuk, muka takleh handle seh - tengok cara dia pegang tangan. Kalau ada yg tertanya kenapa sorang berdiri depan sofa, yg sorang lagi kt belakang, well, itu sbb dlm proses perfileman ni kita takde costume designer (kalau tak faham apa yg ana maksudkan, buat2 faham lah ya).



Tiada stress pun dlm proses perfileman ni sebenarnya (sbb semuanya mengalir kepada ana) -happy jer dua orang pengacara kita ni. Cuba tengok betul2, Tamim tak pakai tie atau baju sekolah kan? (melainkan blazer lah) – itu sbb dia mintak mak dia bawak baju dan tie tu dari rumah (pergh, semangat betul - respect!) dan juga, er, yang berada di belakang tu, ada terjatuh apa2 kt bawah sofa?



Selepas rakaman selesai, ana mula masukkan video rakaman ni ke dalam computer (saat ini bermulalah proses berdating dgn computer ana, takde bunga ros, takde kotak coklat, takde candle light dinner, just me and my computer for 24-hours straight).

Kt atas ni adalah keadaan sewaktu ana tgh dlm proses nak cut video yg punyalah panjang (video merata sekolah) supaya dia timing dgn suara pengacara. Contohnya, bila Farhana sebut makmal komputer, makmal kayu, kenalah video tu paparkan makmal2 tersebut, bukan tunjuk benda lain. Boleh tahanlah tahap kebosanan proses ni. Ni software Sony Vegas Movie Studio 9. Suara pengacara pun dirakam kt sini (nampak waveform warna biru hijau kt bawah tu? Itulah suara pengacara kita) dirakam guna headphone - hasilnya jauh lagi jelas dari rakaman video - yg bunyi hujan jer lebih.



Ini pulak proses meletakkan title nama pengacara kt video. Kat sini jugaklah ana adjust colour video tu – asalnya mcm muram jer, tp ana ubah dia punya Brightness/Contrast dan Hue/Saturation dengan menggunakan Adjustment Layer supaya warna kulit dan warna background tu lebih terserlah. Software yg digunakan ialah Adobe After Effects CS4 (kenapa tak guna CS3? sbb CS3 takleh import fail mp3). Apa jadi dgn Flash? Jangan risau, Flash masih sihat wal afiat kt dlm computer ana, cuma dah jarang digunakan jer.


Overall, ana rasa banyak lagi yg perlu dibaiki. Maklumlah, ana masih lemah dalam bidang ni, lagipun sebenarnya ana ni baru belajar software Adobe After Effects - ana start belajar software ni hujung tahun lepas, bila tamatnya peperiksaan SPM, so masih belum genap setahun pun tempoh pembelajaran tu, ditolakkan lagi dengan masa yg diluangkan utk buat majalah, so ana sedar diri lah bila ada beberapa orang kata ana punya hasil multimedia ni kurang memuaskan.


Disini, ana juga nak mengambil kesempatan ni utk melafazkan ucapan ribuan terima kasih kpd semua yg terlibat dalam proses rakaman ni, terutamanya kpd Tamim Faruq, Nadiah Farhana (yg siap kata yg dia sanggup nk datang sekolah pukul 10 malam semata2 nk buat dubbing suara, sbb keesokkan harinya merupakan hari yg terpenting tu, jadi masa memang tak cukup – Man, I really can’t thank you guys enough!) dan juga kpd Ezzah Fatin Jemain yg sudi meluangkan masa utk menulis skrip utk para pengacara ni – bukan senang nak tukis skrip ni, ana dah try utk buat tapi tak dapat, so akhirnya kenalah mintak tolong dia.


Tidak dilupakan juga kpd Ust Azri yg banyak membantu dari segi peralatan perfileman ni seperti camcorder, DVD-R, tripod dan juga headphone yg digunakan utk rakam suara pengacara. Selain itu, ana juga nak berterima kasih kpd rakan2 ana yg ada sewaktu proses perfileman tu seperti Nadiah Husna yg ada membantu adindanya yg tercinta di lokasi perfileman, kepada Amar Saadin yg banyak membantu membawa peralatan perfileman ke hulu ke hilir (walaupun akhirnya tripod yg dibawanya menjadi rosak) kepada Auni Salma yg sentiasa bekerjasama dgn Ezzah sambil membantu Farhana semasa proses rakaman, dan juga kepada Nawal Saudah yg ada membantu merakam (tapi sayangnya video yg dirakamnya tak dapat dimasukkan sebab terpaksa tukar skrip).


Akhirnya, ana nak kata yg ana banyak mempelajari ilmu baru sewaktu proses rakaman ni, terutamanya dalam hal2 utk mendapatkan kualiti rakaman yg dikehendaki, sambil2 menghadapi cabaran dan dugaan yg perit bagi menyiapkan tayangan multimedia ni. Tiada yg percuma dalam dunia ni, pengalaman pun perlu dibayar dgn usaha gigih dan penat lelah. Dan juga yg paling penting – kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi rancanganNya yang merupakan kata putus.

Sunday, April 19, 2009

Perkongsian Ilmu



Kalau ada ilmu tapi tidak dikongsikan apa gunanya? Salah satu bentuk amal jariah adalah ilmu yg dimanfaatkan. Jadi diatas dasar ini, ana sudi berkongsi ilmu komputer ana. Kalau ada sesiapa yg ingin bertanya apa2 sahaja berkenaan komputer - tak kira design, multimedia, virus - ana cuba tolong kalau mampu. Hantar komen je, insyaAllah ana akan try untuk melapangkan masa utk baca komen2 yg diberikan. Dan dari masa ke semasa dan kalau ana ada masa, ana akan post kan beberapa tips and tricks yg berkaitan dgn komputer, so keep your eyes wide open.

Oh, dan kalau ada yg tertanya macamana ana buat design logo 3D ala bongkah ais mcm kt atas ni, well ana guna Adobe After Effects CS4 dgn plug-in Zaxwerks 3D Invigorator Pro - tp awas, plug-in ni bakal meletupkan komputer anda sekiranya melebih2kan setting texture nya.

Salam Pertemuan, Salam Permulaan


Assalamualaikum w.b.t.

Ni merupakan post pertama ana w/pun sebenarnya dah lama register kt blogspot ni. Sebenarnya ana pun tak tau yg ana dah register, bila ana letak username ana, tetiba dia kata yg username ana dah ada orang guna. Bila ana check balik, nampaknya betul lah, ana dah register. Entah bila ana pun dah tak ingat.

So, mulai saat ini, ana akan mula ambil posisi sebagai seorang blogger. Jikalau diizinkanNya ana akan post kan apa yang ana rasa perlu, samada perkembangan diri dan rakan X-GEN ana, beberapa hasil penulisan ana, ataupun beberapa artikel yang ana rasa ingin dikongsikan. Jadi janganlah segan silu untuk menziarah blog ini, semoga kalimah ilmu dapat disebarkan w/pun berada dalam dunia maya.

Sekian, wassalam.